Wednesday, December 5, 2012

Assalammualaikum.. Salam sayang semua.. Hari ni duk rumah semata.. Seisi rumah bergotong royong membersihkan rumah.. Roomate yang tak pernah pegang mop pun pecah rekod mop satu rumah.. comel betul tengok dia mop rumah kami tadi.. lepas tu, kami plan nak keluar mengeluarkan peluh.. apa lagi , sergah  bowling.. heheheh.. we went to Shalin's Bowl yang tuan empunya Shalin Zulkifli. Kekuatan tangan Cik S malam ni luar biasa. Score betul bowling tadi. 
yang IA tu Cik S punya.. 

Balik tu jari-jari terus sakit.. heheehe.. Sakit-sakit pun still nak main lagi.. AAK.. hehehehe .. Alhamdulillah Allah masih menguatkan tangan Cik S lagi. Terima kasih Kekasih Abadi.. Engkau Yang Teristimewa..
 <3 <3 <3 

Tuesday, December 4, 2012

GoodLuck Kakak Sayang !

Saya ada seorang kakak yang saya sayangggggg sangat !! kakak dunia akhirat walaupun bukan seibu sebapa.. namun , dia tetap kakak saya. She always there when I need her. Nama Aida Syifa Ahmad Tajuddin. 
\
sebelah kiri tu dia.

Hari ini bermulanya exam untuk kakak saya ni . Final pulak tu. All the best kakak.. Semoga dean list lagi ye. Semoga lulus dengan cemerlang.. Semoga dapat jawab dengan mudahnya. And jadi teacher yang comel ! hehehehe.. 
May Allah bless you kakak.. Al-Fatihah buatmu.. semoga doa untukmu dariku didengar Allah kerana aku sangat menyayangimu kakak.. Love you a lott !!! <3

Good morning my lovely friends.. Tadi di rumah sewa a.k.a hostel , sy buat semua housemates batuk and bersin dengan ikan bilis goreng.. hehehe.. Sorry yek.. berasap satu rumah.. hehehe..
Baru sat tadi pergi giant Seksyen 13 yang betul2 depan rumah, shopping dgn housemates. Habis satu giant kami tawaf.. n then kami enjoy dengan CoolBlog.. penat beratur.. nikmat dia sampai rumah baru rasa bila CoolBlog tu sentuh tekak.. yummmmmyyyyy... !!!

Makan malam kami. Roomate sibuk tayang fb dia kat situ.. :p

Pastu dok candlelight dinner dengan roomate dekat beranda rumah.. heheh.. sekali sekala.. Alhamdulillah atas rezekiMu ya Allah.. Moga Kau redha semuanya. Aamiin..


Monday, December 3, 2012

Salam sayang kalian.. Salam rindu wahai penciptaKu.. Aku rindu padaMu wahai Ya Rahman.. 
Zaman semakin berubah , makin maju.. Makin bergerak ke hadapan.. 
Wanita sekarang pun dah tak macam dulu. Wanita sekarang berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan sang adam..Saya bangga sebab ramai wanita yang telah memilih jalan berhijab. Jalan  menutup aurat yang Allah telah tetapkan. 
Bagi saya, comel tau kalau perempuan menutup aurat ni.. sedap mata memandang.. sejuk perut ibu mengandung.. pernah dulu , ada sorang abang ni bagitau saya.. " Kalau adik tutup aurat , sebenarnya adik dah tolong ayah adik masuk syurga dengan mengurangkan dosa yang ditanggungnya. Sebab selangkah adik keluar rumah dengan tidak menutup aurat, adik mendekatkan ayah adik selangkah ke neraka." Nauzubillah.. 
Lagipun, berhijab bukan bermakna tidak boleh berfesyen. Sekarang dah banyak fesyen2 muslimah. Cuma, berpada-padalah.. dan BerSEDERHANAlah.. kerana Allah suka akan hambaNya yang berSEDERHANA... 



HIJAB pilihanku.. Kerana itu Hak PenciptaKU.. ^_^

Thursday, June 21, 2012

Kisah Inspirasi : Ceritera Seorang Pemungut Sisa

Kehidupan umpama sebuah fantasi yang tidak dapat kita ramal penyudahnya. Apa yang pasti, perkara yang kita lakukan hari ini mampu sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan pada masa akan datang. Kehidupan di dunia umpama sebuah pentas teater. Kita sebagai pelakon dan yang diatas merupakan pengarahnya. Skrip sudah ditulis pada awalnya. Set pentas telah ada disediakan dengan cukup sempurna.

Ris- Seorang pemungut sampah dan bekerja dengan sebuah syarikat yang bertanggungjawab untuk memugut sisa-sisa atau pada kata kasarnya sampah di sebuah taman perumahan. Taman perumahan itu merupakan taman perumahan yang kududuki. Setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat lori pemungut sampah akan datang untuk memungut sampah. Penduduk di taman perumahan itu sudah maklum akan kedatangan mereka.


Suatu hari ketika lori tersebut sampai, aku mengeluarkan sampah dan meletakkan pada bakul sampah yang telah kusediakan di hadapan rumah.

“ Nak, ada air tak? Boleh bagi air satu botol? Pakcik haus nak.” Seorang lelaki separuh umur menegurku. Aku yang kasihan melihat pakcik tersebut bergegas masuk ke dalam rumah untuk mengambil sebotol air sejuk untuk pakcik itu.

Ketika menghulurkan air tersebut, tergerak hatiku untuk menanyakan suatu perkara yang selama ini bermain di dalm kotak fikiranku.


“ Pakcik, maaf. Saya nak Tanya sikit boleh? “
“ Tanya apa nak?”
“ Dah berapa lama pakcik kerja jadi macam ni?” aku berbasa-basi untuk tidak mengguris hatinya.

“ Dah 15 tahun nak. Kenapa anak Tanya?”
“ Hmm, tak ada apa-apa pakcik. Saya saja Tanya.” Padahal di dalam hatiku, aku ingin bertanya bagaiman pakcik ini dapat bertahn dengan pekerjaan begini. Dengan bau yang busuk dan memegang sesuatu yang kotor.

“ Mesti anak nak tanya pakcik macam mana pakcik tahan dengan kerja ini kan?” bagai tahu-tahu saja pakcik ini aka nisi hatiku.
“Pakcik da kerja macam ni dah lama nak. Dah biasa dah pun. Ini mata pencarian pakcik,” baru ingin membuka mulut, pakcik itu dikejutkan dengan satu jeritan.
“ Ris, cepatlah. Jangan berborak pulak. Banyak lagi rumah belum ambil ni. Aku nak balik cepat. Tak larat dah ni.” Laungan pemandu lori menyentakku.
“ tak apalah nak, pakcik pergi dulu ya. Lain kali kita borak lagi ya,” aku hanya boleh mengganggukkan kepala dan memandang pakcik itu yag berlalu pergi sambil memungut sampah di rumah jiran-jiranku.
Keesokkan harinya, bunyi loceng rumahku agak mengejutkan aku yang sedang membaca buku di ruang tamu rumahku. Aku berlari berkejr ke pintu. Aada kelibat seorang lelaki dipagar rumahku.
Aku tidak mengenali lelaki itu namun dia tersenyum memandangku. Aku tertanya-tanya siapa orang itu.
“ Ya pakcik, nak cari siapa ya?” pakcik itu hanya tersenyum. Aku makin kehairanan.
“ Pakcik cari anak la,”
“cari saya?”
“ ya. Mesti kamu tak kenal pakcik kan? Pakcik la. Yang kutip sampah semalam. Pakcik datang nak pulangkan botol air kamu ni. Mahal ni.”
“ oh pakcik. La, pakcik. Tak payah pulangkan pun tak apa. Saya tak kisah.”
“ tak apalah nak, mahal botol ni. “ ujar pakcik tersebut sambil menghulurkan tumbler warner brosku itu.
“ pakcik, masuklah dulu.” Aku menjemput pakcik itu masuk ke rumahku sambil membuka pagar automatikku.
“ eh tak apalah nak. Pakcik segan nak masuk. “
“ tak apalah pakcik. Masuklah. Jangan segan-segan. Anak saya ada dekat dalam. Fareed, mari sini salam pakcik nie, nak.”
“kita duduk di luar sajalah nak,” pakcik itu memberitahuku. Betul juga. Nanti apa pula kata orang. Kami duduk di taman buatan hasil tangan suamiku yang merupakan penghias lanskap.
“ pakcik duduk dulu ya. Saya buatkan air. “ aku berlalu masuk dan anakku Fareed tinggal bersama pakcik itu.
Aku menatang dulang minuman dan sepotong kek coklat yang kusediakan pagi tadi.
“ Suami kamu mana nak?” tanya pakcik itu.
“ Suami saya kerja outstation. Nama pakcik Ris kan? “
“ Oh, ya. Nama pakcik Aris. Tapi orang panggil Ris saja. Nama anak siapa?”
“ Nama saya Suhana. Panggil saya Su je pakcik.”
“ Pakcik, kalau tak keberatan saya nak tanya sesuatu pada pakcik boleh?”
“ nak tanya apa nak?”
“ Pakcik tak nak ubah hidup pakcik kepada hidup yang lebih baik ke selain dari bekerja sebagai pemungut sampah pakcik? Pakcik, saya minta maaf. Bukan niat saya untuk menyinggung perasaan pakcik.”
“ taka pa nak, anak bukan orang yang pertama yang tanya pakcik macam itu.”
“ Pakcik dah kerja dah lama nak. Jadi mengutip smapah ini perkara biasa. Pada mulanya dahulu pakcik agak keberatan namun desakan hidup memaksa pakcik untuk menerima pekerjaan ini. Orang sekeliling memandang rendah orang yang bekerja macam kami ini. Pak cik pun tidak tahu kenapa.”
“ Pak cik , masyarakat bukan memandang rendah pakcik. Mereka Cuma bersimpati dengan pakcik mungkin.”
“ Su, pakcik dah hidup lama. Pakcik pernah dicaci dan dihina hanya kerana pakcik seorang pemungut sampah. Orang sekeliling tidak mahu berkawan dengan pakcik kerana mereka kata pakcik busuk ,kotor dan macam-macam lagi.”
“ Kadang-kadang, kalau pakcik minta sebotol air kosong sekalipun mereka tidak mahu beri. Agaknya mereka geli melihat orang macam pakcik.” Sambung pakcik tersebut. Aku bertambah simpati.
“ Tapi, pakcik tak kisah sebab pakcik tahu,kerja yang pakcik lakukan tu kerja yang halal. Pakcik bersyukur sebab dapat hidup membersihkan sesuatu yang kotor.”
“ pakcik, tidak mahu berubah pekerjaan?”
“ nak, setiap kita ada tugasnya tertentu. Mungkin kamu sebagai seorang ibu, tugas kamu lain. Kalau kamu seorang doctor, tugas kamu mengubat orang, kalau kamu seorang polis kerja kamu menjaga keamanan, pakcik juga punya tugas pakcik sendiri. Kalau tak ada orang macam pakcik, siapa yang pungut sampah-sampah? Kalau tak dipungut sampah itu dah tentu tempat ini busuk dan kotor kan?”
“ pakcik tak kisah bekerja sebegini kerana Allah ada melihat. Pakcik gembira membersihkan bumi Allah. Pakcik berharap bumi Allah ini akan sentiasa bersih dan kemas. Itu saja harapan pakcik.”
Harapan pakcik itu member mtivasi kepada diriku sendiri untuk bersyukur dengn segala nikmat yang telah Allah beri. Siapa pun kita di atas muka bumi Allah ini. Masing- masing ada tugas masing-masing. Aku sebagai doctor bertugas untuk mengubati pesakitku,namun, bagaimana tanggungjawab apa yang kita lakukan itu penting. Allah mengira kebaikan sebesar zarah dan begitu juga sebaliknya.
“ Allah, jadikan setiap pekerjaan yang kulakukan keranaMu ini sebagai amal ibadatku kepadaMu. Jadikan setiap yang kulakukan adalah butir-butir tasbihku kepadaMu. Amin.”

Wednesday, May 30, 2012

Chocolate! lovely!

Cik S suka sangat makan coklat.. Everyone ask me.. Kenapa suka makan coklat? Nanti boleh jadi gemuk tau.. Bila dengar orang lain ckap macam tu.. Cik S gelak je.. AAK! Chocolate boleh jadi best friend Cik S.. Bila Cik S rasa marah or stress Cik S akan buat solat sunat and lepas tu Cik S akan cari coklat.. The fact is CHOCOLATE DOES NOT MAKE YOU FAT! yang membuatkan gemuk ialah sugar.. So, jangan persepsi bahawa coklat=gemuk.. Pandai-pandailah.. Jangan makan sedozen sekali gus.. Sebab tu Rasulullah mengajarkan berpada-pada dalam melakukan sesuatu.. Actually chocolate merupakan penenang yang simple.. So, conclusion.. Siapalah yang membenci coklat.. Sangat bagi mereka.. Hehe..

Friday, May 11, 2012

Fenomena ' DALAM MIHRAB CINTA' dalam hidup Cik S..

Ahlan wa sahlan semua !!! Nowadays Cik S busy memanjang dengan aktiviti-aktiviti luar sehingga boleh dikira berapa hari je Cik S dekat rumah.. jumpa mak and abah pun jarang-jarang.. rindu my parents.. tapi lappy selalu ada di tangan nie.. tapi tak sempat-sempat nak update blog.. heheh.. sorry bloggers.. tapi Cik S selalu terjebak dengan satu mivie from Indonesia ni.. For me.. five stars la.. tajuk dia..-----> DALAM MIHRAB CINTA.. starring : Dude Herlino,Asmirandah.. bukan nak promote movie luar.. but, from cerita ni banyak pengajaran yang boleh kita belajar.. but sometimes kita kena clearkan our mind from negative perception and try to accept other people's idea and works..
seronok movie ni>> cubalah tengok k..^_^

Monday, April 30, 2012

Album Zikir Terapi Sholawat By Imam Muda Najdi

After few months i left this beautiful blog.. finally i came back.. rindu blogggg!! heheh.. ada cerita ni.. Cik S terjebak dengan rancangan Imam Muda since it was first season.. masa Imam Muda Ashraf was the winner.. For me semua best !! tiba-tiba.. tak lama kemudian CIk S terjebak dengan seorang Imam Muda ni ( semua gara-gara kakak Cik S).. sampai sekarang mengikuti perkembangan mereka (diam-diam je) ^_^.. dan baru-baru Imam Muda ni keluarkan satu album zikir terapi.. He is IMAM MUDA NAJDI.. ^_^ Umur yang muda,memiliki suara yang sedap, dan peribadi yang hebat.. ^_^