Thursday, June 21, 2012

Kisah Inspirasi : Ceritera Seorang Pemungut Sisa

Kehidupan umpama sebuah fantasi yang tidak dapat kita ramal penyudahnya. Apa yang pasti, perkara yang kita lakukan hari ini mampu sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan pada masa akan datang. Kehidupan di dunia umpama sebuah pentas teater. Kita sebagai pelakon dan yang diatas merupakan pengarahnya. Skrip sudah ditulis pada awalnya. Set pentas telah ada disediakan dengan cukup sempurna.

Ris- Seorang pemungut sampah dan bekerja dengan sebuah syarikat yang bertanggungjawab untuk memugut sisa-sisa atau pada kata kasarnya sampah di sebuah taman perumahan. Taman perumahan itu merupakan taman perumahan yang kududuki. Setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat lori pemungut sampah akan datang untuk memungut sampah. Penduduk di taman perumahan itu sudah maklum akan kedatangan mereka.


Suatu hari ketika lori tersebut sampai, aku mengeluarkan sampah dan meletakkan pada bakul sampah yang telah kusediakan di hadapan rumah.

“ Nak, ada air tak? Boleh bagi air satu botol? Pakcik haus nak.” Seorang lelaki separuh umur menegurku. Aku yang kasihan melihat pakcik tersebut bergegas masuk ke dalam rumah untuk mengambil sebotol air sejuk untuk pakcik itu.

Ketika menghulurkan air tersebut, tergerak hatiku untuk menanyakan suatu perkara yang selama ini bermain di dalm kotak fikiranku.


“ Pakcik, maaf. Saya nak Tanya sikit boleh? “
“ Tanya apa nak?”
“ Dah berapa lama pakcik kerja jadi macam ni?” aku berbasa-basi untuk tidak mengguris hatinya.

“ Dah 15 tahun nak. Kenapa anak Tanya?”
“ Hmm, tak ada apa-apa pakcik. Saya saja Tanya.” Padahal di dalam hatiku, aku ingin bertanya bagaiman pakcik ini dapat bertahn dengan pekerjaan begini. Dengan bau yang busuk dan memegang sesuatu yang kotor.

“ Mesti anak nak tanya pakcik macam mana pakcik tahan dengan kerja ini kan?” bagai tahu-tahu saja pakcik ini aka nisi hatiku.
“Pakcik da kerja macam ni dah lama nak. Dah biasa dah pun. Ini mata pencarian pakcik,” baru ingin membuka mulut, pakcik itu dikejutkan dengan satu jeritan.
“ Ris, cepatlah. Jangan berborak pulak. Banyak lagi rumah belum ambil ni. Aku nak balik cepat. Tak larat dah ni.” Laungan pemandu lori menyentakku.
“ tak apalah nak, pakcik pergi dulu ya. Lain kali kita borak lagi ya,” aku hanya boleh mengganggukkan kepala dan memandang pakcik itu yag berlalu pergi sambil memungut sampah di rumah jiran-jiranku.
Keesokkan harinya, bunyi loceng rumahku agak mengejutkan aku yang sedang membaca buku di ruang tamu rumahku. Aku berlari berkejr ke pintu. Aada kelibat seorang lelaki dipagar rumahku.
Aku tidak mengenali lelaki itu namun dia tersenyum memandangku. Aku tertanya-tanya siapa orang itu.
“ Ya pakcik, nak cari siapa ya?” pakcik itu hanya tersenyum. Aku makin kehairanan.
“ Pakcik cari anak la,”
“cari saya?”
“ ya. Mesti kamu tak kenal pakcik kan? Pakcik la. Yang kutip sampah semalam. Pakcik datang nak pulangkan botol air kamu ni. Mahal ni.”
“ oh pakcik. La, pakcik. Tak payah pulangkan pun tak apa. Saya tak kisah.”
“ tak apalah nak, mahal botol ni. “ ujar pakcik tersebut sambil menghulurkan tumbler warner brosku itu.
“ pakcik, masuklah dulu.” Aku menjemput pakcik itu masuk ke rumahku sambil membuka pagar automatikku.
“ eh tak apalah nak. Pakcik segan nak masuk. “
“ tak apalah pakcik. Masuklah. Jangan segan-segan. Anak saya ada dekat dalam. Fareed, mari sini salam pakcik nie, nak.”
“kita duduk di luar sajalah nak,” pakcik itu memberitahuku. Betul juga. Nanti apa pula kata orang. Kami duduk di taman buatan hasil tangan suamiku yang merupakan penghias lanskap.
“ pakcik duduk dulu ya. Saya buatkan air. “ aku berlalu masuk dan anakku Fareed tinggal bersama pakcik itu.
Aku menatang dulang minuman dan sepotong kek coklat yang kusediakan pagi tadi.
“ Suami kamu mana nak?” tanya pakcik itu.
“ Suami saya kerja outstation. Nama pakcik Ris kan? “
“ Oh, ya. Nama pakcik Aris. Tapi orang panggil Ris saja. Nama anak siapa?”
“ Nama saya Suhana. Panggil saya Su je pakcik.”
“ Pakcik, kalau tak keberatan saya nak tanya sesuatu pada pakcik boleh?”
“ nak tanya apa nak?”
“ Pakcik tak nak ubah hidup pakcik kepada hidup yang lebih baik ke selain dari bekerja sebagai pemungut sampah pakcik? Pakcik, saya minta maaf. Bukan niat saya untuk menyinggung perasaan pakcik.”
“ taka pa nak, anak bukan orang yang pertama yang tanya pakcik macam itu.”
“ Pakcik dah kerja dah lama nak. Jadi mengutip smapah ini perkara biasa. Pada mulanya dahulu pakcik agak keberatan namun desakan hidup memaksa pakcik untuk menerima pekerjaan ini. Orang sekeliling memandang rendah orang yang bekerja macam kami ini. Pak cik pun tidak tahu kenapa.”
“ Pak cik , masyarakat bukan memandang rendah pakcik. Mereka Cuma bersimpati dengan pakcik mungkin.”
“ Su, pakcik dah hidup lama. Pakcik pernah dicaci dan dihina hanya kerana pakcik seorang pemungut sampah. Orang sekeliling tidak mahu berkawan dengan pakcik kerana mereka kata pakcik busuk ,kotor dan macam-macam lagi.”
“ Kadang-kadang, kalau pakcik minta sebotol air kosong sekalipun mereka tidak mahu beri. Agaknya mereka geli melihat orang macam pakcik.” Sambung pakcik tersebut. Aku bertambah simpati.
“ Tapi, pakcik tak kisah sebab pakcik tahu,kerja yang pakcik lakukan tu kerja yang halal. Pakcik bersyukur sebab dapat hidup membersihkan sesuatu yang kotor.”
“ pakcik, tidak mahu berubah pekerjaan?”
“ nak, setiap kita ada tugasnya tertentu. Mungkin kamu sebagai seorang ibu, tugas kamu lain. Kalau kamu seorang doctor, tugas kamu mengubat orang, kalau kamu seorang polis kerja kamu menjaga keamanan, pakcik juga punya tugas pakcik sendiri. Kalau tak ada orang macam pakcik, siapa yang pungut sampah-sampah? Kalau tak dipungut sampah itu dah tentu tempat ini busuk dan kotor kan?”
“ pakcik tak kisah bekerja sebegini kerana Allah ada melihat. Pakcik gembira membersihkan bumi Allah. Pakcik berharap bumi Allah ini akan sentiasa bersih dan kemas. Itu saja harapan pakcik.”
Harapan pakcik itu member mtivasi kepada diriku sendiri untuk bersyukur dengn segala nikmat yang telah Allah beri. Siapa pun kita di atas muka bumi Allah ini. Masing- masing ada tugas masing-masing. Aku sebagai doctor bertugas untuk mengubati pesakitku,namun, bagaimana tanggungjawab apa yang kita lakukan itu penting. Allah mengira kebaikan sebesar zarah dan begitu juga sebaliknya.
“ Allah, jadikan setiap pekerjaan yang kulakukan keranaMu ini sebagai amal ibadatku kepadaMu. Jadikan setiap yang kulakukan adalah butir-butir tasbihku kepadaMu. Amin.”