
what is this? L.O.V.E? do you really know what is meant by this? secara puratanya dalam 10 orang yang bercinta 7 out of 10 pernah putus cinta. sakit kan putus cinta? lagi-lagi kalau orang yang kita cinta tu sebenarnya just playing with our feelings.. chopppp !!! jap2.. kita selalu dengar psal orang nak bunuh diri sebab putus cinta.. dah hilang akal ke? kalau ye pun jangan berlagak nyawa tu milik sendiri. Nyawa hak milik mutlak.. diulangi HAK MILIK MUTLAK ALLAH.. walhal badan yang kita guna nie pun bukan kita yang punya.. betul tak? hmm.. back to the topic.. L.O.V.E..
anyway.. pengalaman adalah guru terbaik.. kita belajar banyak perkara dari pengalaman..
lelaki dan wanita bagaikan magnet yang mempunyai opposite attraction.. rasa-rasanya kan boleh tak seorang wanita dan lelaki jadi kawan biasa? mengikut pengalaman saya.. tidak akan boleh.. mungkin mereka tak jadi pasangan kekasih tapi dalam hati mungkin menyimpan rasa..
putus cinta juga perkara biasa.. betul tak? bagaimana mengatasi gejala putus cinta ni..dibawah merupakan petua2 yang sy ambil dari iluvislam.com..
TIPS MENGATASI PUTUS CINTA:
1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.
2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah - anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.
3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.
4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.
5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.
6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.
7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.
Dengan perkongsian ini, diharapkan serba sedikit dapat membantu muslimah sekalian yang mungkin menghadapi masalah putus cinta. Sekali lagi diingatkan, bercinta tanpa ikatan yang sah adalah HARAM. Kesannya adalah seperti ini, PUTUS CINTA. Akhirnya diri sendiri yang merana.
Ayuh muslimah! Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah segalanya, tetapi cinta kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.
"A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever."
Sulamkanlah cinta itu dengan ikatan yang SAH. Wallahua'lam.
saya nak tambah sikit :
a) jangan simpan dendam terhadap orang tersebut. ~ let it go ~ selalunya kita tak boleh lupakan perkara tersebut kan? cuba lupakan perkara tersebut.. biarpun sesakit mana.. jangan simpan dalam hati.. lupakan.. ibarat tidak pernah berlaku apa-apa.. jika anda berjumpa dengan si dia.. senyum.. walaupun mungkin anda memang tak boleh pandang muka dia. layan dia bagaikan sahabat yang baru anda kenali.. tak perlu ungkit kembali perkara yang berlalu... secara tidak langsung.. hati anda akan tenang.. tidak percaya? buat dulu.. saya bukan bercakap tanpa bukti.. saya berbicara atas pengalaman.. biarpun dia berlaku kejam atau menyakitkan hati anda sebelum ini.. ingat bahawa Allah itu ada.. biar saja Allah yang membalasnya.. mungkin di dunia tidak dibalas.. tetapi ingat di akhirat nanti dia akan berlari kepada kita untuk meminta maaf.. kerana menyakitkan hati seseorang itu satu dosa..
~Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah, Abu Hurairah menceritakan apabila Rasulullah SAW ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah menjawab: “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”
~Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)
That's all for now.. wallahualam..
No comments:
Post a Comment